Jom Jalan-jalan Sungai Gabai

Air Terjun Sungai Gabai yang akan ditakluki.

Jika anda datang ke Hulu Langat, jangan lupa untuk singgah bermandi-manda di Air Terjun Sungai Gabai yang terletak berhampiran pekan Batu Empat Belas. Jika anda datang dari Kuala Lumpur, anda akan melalui Dusun Tua, dan Pekan Batu Empat Belas sebelum sampai ke Sungai Gabai. Apa yang menarik di sini, pengunjung boleh menikmati air terjun yang sangat tinggi dan curam disamping permandangan yang indah. Ekspedisi kami bermula kira-kira pukul 9.00pagi. Penulis bertolak ke rumah Galuh untuk menjemput Galuh dan Hanis yang kemudiannya ke rumah Kapten Luffy sebelum bertolak ke Sungai Gabai. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit ke destinasi. Penulis yang tidak sabar untuk bermandi-manda menjadi orang pertama dari kami berempat terjun kedalam air. Kesejukan dan keseronokan yang sukar digambarkan, yang hanya boleh dihayati ketika berada di sana. Berikut serba sedikit gambar-gambar yang sempat diambil ketika berkelah di Sungai Gabai.

Tiba di kawasan perkelahan Sungai Gabai. (Penulis memakai baju kelabu)

Bersedia untuk terjun…

Kapten Luffy sedang mengushar kawasan

Aksi Galuh yang gayat dan tidak mahu turun.

Kapten Luffy menikmati air terjun dan bermesra bersama gadis-gadis…

Wajah-wajah keletihan.

Yang ini? Kami pun tidak tahu apa yang dicari mereka.

Berjalan kaki pulang.

Aktiviti kami kemudian disertai oleh MDO yang datang selepas aktiviti makan-makan keluarganya. Blog rakan-rakan yang akan mempublishkan perjalanan ini adalah Galuh, Kapten Luffy dan Hanis.
This entry was posted in jalan-jalan, selangor. Bookmark the permalink.

4 Responses to Jom Jalan-jalan Sungai Gabai

  1. Kapten Luffy says:

    hahaha

    pakcik tu memang lawak

  2. hahahapakcik tu memang lawak

  3. dean-eyza says:

    syoik gak gabai ni. bln 3 lps aku pegi ngan wife & friends. problem dia;
    1- signboard ‘kureng’, susah sket la kalo tak biasa..
    2- parking susah. main park suka ati jer tepi jln
    3- tinggi tul nak naik ker tmpt yg ok utk lepak

    lain2 ok la.. enjoy..😀

  4. dean-eyza says:

    syoik gak gabai ni. bln 3 lps aku pegi ngan wife & friends. problem dia;1- signboard 'kureng', susah sket la kalo tak biasa..2- parking susah. main park suka ati jer tepi jln3- tinggi tul nak naik ker tmpt yg ok utk lepaklain2 ok la.. enjoy..😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s