Pecah Panggung: Angels & Demons by Advertlets

Ini adalah lanjutan entry post penulis yang bertajuk Angels & Demon: Tom Hanks. Penulis bertolak ke Cineleisure Damansara untuk mengambil pas wayang seperti yang di beritahu oleh Kapten Luffy. Sampai sahaja tepat pada pukul 8.30mlm, sudah ramai pengunjung beratur untuk mendapatkan pas daripada kaunter Advertlets. Kami bertemu dengan Mr. Josh Lim untuk mendapatkan tiket. Sepanjang beratur, kami diberikan kuih donut yang sedap. Terima Kasih kepada Kapten Luffy dan Advertlets atas sumbangan pas wayang berkenaan. Sebelum masuk ke panggung, pengunjung yang membawa telefon berkamera diminta memberikan telefon mereka kepada urusetia untuk disimpan. Sekali lagi beratur yang panjang.

Pengunjung yang terpilih beratur untuk mendapatkan pas wayang.

Donut yang diberikan kepada pengunjung oleh Advertlets

Pas wayang dan Ambigram Angels & Demons

Perjalanan cerita yang agak perlahan pada permulaannnya menjadi bertambah rancak dengan kewujudan simbol misteri Illuminati yang dijumpai oleh polis Vatican. Prof Langdon seterusnya ke Vatican untuk menyiasat misteri Illuminati dan seterusnya terjumpa dengan Vetra, saintis yang terlibat dalam kajian anti-jisim yang mana hasil kajiannya telah di curi dan menjadi ancaman kepada dunia Vatican. Pengganas telah menggugut Vatican untuk memusnahkan Vatican dalam cahaya (bom cahaya hasil kajian saintis-saintis Rome). Satu persatu gereja dilawati 0leh Robert Langdon bagi menyelesaikan petunjuk-petunjuk yang membawa kepada penemuan dan kematian kardinal-kardinal Vatican yang diculik oleh pengganas. Setelah berhempas pulas dengan ancaman dan misteri yang timbul, akhirnya Langdon berjaya menemui muslihat di sebalik penglibatan Camerlengo disebalik ancaman pengganas ini. Dengan kebijaksanaan Robert Langdon, akhirnya berjaya menyelesaikan misteri Illuminati satu persatu sehingga membawa penemuan yang tidak disangka di penghujung cerita ini.

Simbol Illuminati yang menjadi misteri.

Perjalanan cerita membawa penonton ke dalam Arkib Vatican yang canggih dan penuh dengan kawalan ketat, disamping perjalanan di gereja-gereja di sekeliling Vatican. Sepanjang wayang ini ditayangkan, penonton mempunyai seribu pertanyaan yang hanya akan terjawab di penghujung cerita. Satu gaya persembahan yang sangat baik dan menarik hasil karya Ron Howard yang meninggalkan kesan kepada penonton sehingga ke akhir babak yang penonton sendiri tidak menduga bagaimana cerita ini akan berakhir. Susunan plot penceritaan yang baik dan di sokong oleh pelakon-pelakon berkaliber membuat penonton terus kusyuk menghayati cerita ini hingga ke akhir.

Aksi Tom Hanks sebagai Prof Langdon dan Ayelet Zurer sebagai Vetra dalam Angels & Demons.

Selepas menonton, sekali lagi penulis terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan telefon bimbit yang disimpan oleh pihak urusetia. Di sini penulis ingin berterima kasih sekali lagi kepada Kapten Luffy dan Advertlets kerana memberi peluang yang berharga ini sebagai orang-orang terawal menyaksikan cerita ini di pawagam. Tidak lupa juga kepada pakcik-pakcik Rela yang bekerja keras memastikan kelancaran tanyangan perdana Angels & Demons. Jika anda berminat dengan genre filem Da Vinci Code, ini adalah peluang anda untuk kembali menghayatinya untuk kali kedua. Penulis bercadang untuk pergi menonton kali kedua pada masa akan datang selepas wayang ini dilancarkan ke seluruh dunia pada 14hb Mei 2009.

Penilaian Cerita: 4/5 Bintang

This entry was posted in wayang. Bookmark the permalink.

12 Responses to Pecah Panggung: Angels & Demons by Advertlets

  1. Kapten Luffy says:

    wah

    best plak citer ni

    huhuhu

    rugi aku x tgk free

  2. wahbest plak citer nihuhuhurugi aku x tgk free

  3. wah lalalalala…aku secare tak sengaje mendapat jemputan dari adik2kuu!!! hehehe

  4. wah lalalalala…aku secare tak sengaje mendapat jemputan dari adik2kuu!!! hehehe

  5. Atiqah Adnan says:

    ya cerita ni best la kan..?
    hee cerita handphone kena ambil tU saya dah jalan balik baru teringat handphone tertinggal kat atas.. hee~
    btw sangat hepi dapat tengOk ramai2 dengan blogger lain..😀

  6. ya cerita ni best la kan..?hee cerita handphone kena ambil tU saya dah jalan balik baru teringat handphone tertinggal kat atas.. hee~btw sangat hepi dapat tengOk ramai2 dengan blogger lain..😀

  7. Kapten,
    Thanks for the tickets,

    Galuh,
    You’re so lucky..

    AtiQa,
    Thanks for visiting.. cite ni mmg best.. so moral of the story, next time g tgk tayangan perdana.. pakai hp xde camera.. ahah..

  8. Kapten,Thanks for the tickets,Galuh, You’re so lucky..AtiQa,Thanks for visiting.. cite ni mmg best.. so moral of the story, next time g tgk tayangan perdana.. pakai hp xde camera.. ahah..

  9. joegrimjow says:

    wah
    camne ley join

    da tau cendana pula

  10. joegrimjow says:

    wahcamne ley joinda tau cendana pula

  11. Anonymous says:

    Terima kasih untuk blog yang menarik

  12. Anonymous says:

    Terima kasih untuk blog yang menarik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s