Jom Jalan-jalan Jeram Toi

Jeram Toi (GPS Koordinat: N02 51.86′ E102 00.94′)terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Jika anda dari Seremban, perjalanan mengambil masa kira-kira 45minit melalui Ampangan, Pantai sebelum sampai ke destinasi. Mengikut sejarah, Jeram Toi ditemui semasa zaman pemerintahan British pada tahun 1895. Nama asalnya sempena nama To’ Batin Toi, seorang ketua puak orang asli yang menghuni hutan ini suatu ketika dahulu. Mengikut ceritanya, To’ Batin Toi merupakan seorang pemimpin yang bijaksana sehingga berjaya mengalahkan sekumpulan orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To’ Batin Toi. Daya tarikan Jeram Toi ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga kerana dikelilingi hutan rimba yang mempersonakan.
Penulis memulakan perjalanan seawal 8.00pagi bertolak dari Seremban. Sebaik sahaja tiba, penulis merupakan pengunjung terawal pada hari ini. Hampir tiada pengunjung pada mulanya, pengunjung hanya mula membanjiri kawasan air terjun kira-kira pukul 11.00 pagi.

Papan tanda Jeram Toi

Kawasan meletak kenderaan di Jeram Toi

Pintu masuk ke Jeram Toi

Plak Sejarah Jeram Toi

Permandangan dari tingkat dua

Pengunjung perlu mendaki tangga-tangga yang curam sebelum sampai ke puncak.

Air Terjun di tingkat dua menjadi tempat riadah yang sangat popular.

Merasmikan air terjun sejurus tiba.

Pengunjung mula membanjiri kawasan air terjun.

Percubaan untuk masuk ke dalam air terjun, pada mulanya agak susah kerana arus yang sangat deras.

Akhirnya berjaya masuk ke dalam air terjun, umpama mesin urut semulajadi.

Pulang setelah puas menikmati air terjun Jeram Toi.
P/s: Selepas pulang dari Jeram Toi, penulis sempat melayan Angels & Demons untuk kali kedua di MBO Terminal2, Seremban.
This entry was posted in jalan-jalan, negeri sembilan. Bookmark the permalink.

2 Responses to Jom Jalan-jalan Jeram Toi

  1. waaaa…bole tahan gak air terjun tu.. haihhh.. beshnye…!

  2. waaaa…bole tahan gak air terjun tu.. haihhh.. beshnye…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s