Thai’s Pineapple Fried Rice dan 33 Food Hotspots

Sewaktu berkunjung ke The Garden, Midvalley bersama kawan-kawan, penulis sempat singgah untuk makan tengah-hari di medan makan yang terletak di tingkat tiga ini. Hidangan yang menjadi pilihan penulis adalah Thai’s Pineapple Fried Rice. Ini kerana mengikut rating yang dipaparkan, makanan ini menduduki kedudukan nombor satu mengikut jumlah jualan kepada pengunjung yang datang makan di sini.

Gerai Makanan Thailand, Lanna Thai.

Set Thai’s Pineapple Fried Rice.

Nasi Goreng Thai dalam buah Nanas.

-*-

Nasi gorang Thai yang dihidangkan dalam buah nanas yang dibelah. Diisi dengan nasi goreng yang masih panas, menjadikan bau dan rasa nanas yang segar melekat pada nasi goreng dan meninggalkan aroma yang sungguh menyelerakan. Datanglah untuk merasai sendiri masakan ini di Tingkat 3, Gerai Makanan Thai, Medan Selera The Garden Midvalley.

Selepas itu penulis menemani kawan-kawan untuk mencari buku di gedung buku Borders yang terletak berhampiran dengan medan selera tadi. Penulis telah terjumpa buku yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan kepada penulis. Buku yang dimaksudkan adalah “33 Food Hotspot, Kuala Lumpur Ultimate Food Guide”. Buku ini dibeli dengan harga RM48.00 setelah mendapat diskaun sebanyak 20%. Harga asal adalah RM60.00.
Buku 33 Food Hotspots.

Apa yang menarik dalam buku ini, terkandung 33 restoren termasuk makanan Melayu, India, Mamak, Cina dan Makanan Barat. Dalam buku ini juga di letakkan juga lokasi GPS yang menjadi antara penyebab utama penulis ingin memiliki buku ini. Nantikan episod jalan-jalan cari gerai versi MKstreet pada entry yang akan datang. Penulis juga mengharapkan sokongan dan sambutan dari kawan-kawan sekalian disamping pengkritik-pengkritik makanan diluar sana.

This entry was posted in jalan-jalan, kuala lumpur, makan-makan. Bookmark the permalink.

6 Responses to Thai’s Pineapple Fried Rice dan 33 Food Hotspots

  1. a kl citizen says:

    nanti m.k buat buku khas makanan halal, tak kira cina,india dsb
    kalu boleh siap ngan tunjuk label jakim sekali…
    sebab sekarang ni, kita anggap halal tapi takde pun label jakim

  2. a kl citizen says:

    nanti m.k buat buku khas makanan halal, tak kira cina,india dsbkalu boleh siap ngan tunjuk label jakim sekali…sebab sekarang ni, kita anggap halal tapi takde pun label jakim

  3. hi kl_citizen,
    menulis buku mmg dalam perancangan… semoga mendapat galakan dari kawan2…

  4. hi kl_citizen,menulis buku mmg dalam perancangan… semoga mendapat galakan dari kawan2…

  5. hanis says:

    makiah…
    ko beli kew?

  6. hanis says:

    makiah…ko beli kew?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s