Jalan-jalan Balik Kampung

Pertamanya, penulis ingin memohon kemaafan dari pembaca yang mengikuti MKstreet kerana sudah lama tidak mengemaskini MKstreet ini. Penulis akan cuba dari masa ke semasa untuk mengemaskini laman MKstreet ini seperti yang diharapkan oleh pembaca. Penulis juga agak terharu kepada beberapa pembaca yang menghubungi penulis melalui emel untuk bertanyakan perkembangan MKstreet. Penulis ingin berterima kasih kepada semua pembaca yang singgah di MKstreet. Terima Kasih.

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lepas, penulis agak tidak ketinggalan untuk bercuti di kampung penulis di Melaka. Sebenarnya baru sahaja dua minggu tidak pulang ke Melaka. Apa yang telah berlaku adalah, kereta yang dipandu penulis telah dilanggar oleh kereta lain di satu perhentian lampu isyarat di kawasan Air Keroh. Hasil dari kejadian itu, telah berlaku rekahan pada bumper belakang kereta penulis. Kemalangan tersebut adalah disebabkan pemandu yang melanggar kereta penulis itu terlepas brek apabila berhenti di belakang kereta penulis.

Pada hari Isnin cuti Tahun Baru Cina itu, penulis bersama kawan-kawan telah melakukan kunjungan ke Aeon Bandaraya Melaka yang baru dibuka pada 5 Februari 2010. Pasaraya Aeon ini adalah yang kedua di Melaka. Suasana di sini sangat padat, penulis mengalami kesukaran untuk mencari tempat letak kereta. Penulis telah mengambil masa agak lama untuk mencari ruang letak kereta yang kosong. Ramai pengunjung yang meletak kenderaan mereka di Tesco Melaka, dan di tepi-tepi jalan semata-mata untuk berkunjung ke Aeon bandaraya Melaka.
AEON Bandaraya Melaka.


Kedai Donut J.Co yang menarik perhatian penulis. Untuk pengetahuan semua, penulis adalah peminat donut J.Co. (Nostalgia di Pavilion, Kuala Lumpur). Oleh kerana barisan beratur yang sangat panjang, penulis mengambil keputusan untuk tidak sama-sama beratur dan mencari alternatif lain untuk makan bersama kawan-kawan.

Asam Pedas Malinja terletak di belakang Pejabat Pos Besar, Bukit Baru menjadi pilihan penulis bersama kawan-kawan untuk makan malam.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Jalan-jalan Balik Kampung

  1. hanis says:

    pg jalan2 jusco time raya cina…
    tragedis sungguh..
    hehe
    mat bile lagi nak muvi kat kl..
    hikhikhik

  2. CAHAYA says:

    eh, ni jusco yg meletup ari tu kan?

  3. yup, yg meletup tu… tp org penuh gak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s