Asam Pedas Hajjah Mona, Taman Kota Laksamana

Pada cuti hari minggu yang lepas, sewaktu penulis pulang ke kampung halaman di Melaka, penulis sempat makan bersama kawan-kawan di Restoren Asam Pedas Hajjah Mona yang terletak di Taman Kota Laksamana. Suasana di restoren ini sangat sesak (dan sentiasa sesak) dengan peminat-peminat asam pedas yang datang dari luar dan dalam negeri. Penulis mengagak peminat datang dari luar Melaka adalah berdasarkan nombor-nombor pendaftaran kenderaan yang berada disitu.
Sentiasa dipenuhi oleh peminat asam pedas sehingga larut malam.

Masakan asam pedas Tenggiri, Kembong dan Pari.
Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Kembong

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Secara keseluruhannya, masakan asam pedas di sini sangat menyelerakan sehingga menyebabkan anda tidak cukup sekadar satu hidangan. Itu belum lagi dihirup kuahnya atau di bawa pulang dan dicicah dgn roti atau cucur. Pasti membuatkan pengunjung MKstreet terliur. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk singgah di sini untuk menikmati asam pedas yang sungguh “Power!”.

Hidangan Utama: Pelbagai Jenis Masakan Asam Pedas

Harga: Antara RM5- RM8
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
Keseluruhan: 4/5

P/S: Harap Maaf jika foto kurang menarik kerana di ambil menggunakan kamera telefon bimbit.

This entry was posted in makan-makan, melaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s