Nasi Ayam Moon’s Kitchen, Pandan Indah

Jika sebelum ini, penulis pernah menulis mengenai Moon’s Kitchen mengenai masakan Western, kali ini penulis membawakan Nasi Ayam Moon’s Kitchen. Jika kita biasa dengan masakan nasi ayam, semuanya rasa seperti lebih kurang, penyediaannya sama dengan nasi ayam biasa yang kita makan, tapi di Moon’s Kitchen anda perlu menumpukan deria rasa anda lebih kepada nasi ayam itu sendiri. Rasa nasinya sendiri sangat sedap dan cukup rasa membuatkan pengunjung akan datang ke sini untuk menikmatinya untuk kali kedua atau mungkin ketiga. Ayamnya yang cukup masak dan lembut menambahkan lagi selera makan anda. Kicap yang disediakan juga tidak seperti nasi ayam lain, disini peniaga menggunakan kicap pekat. Selain itu, cilinya juga sangat sedap hingga tidak cukup dan membuatkan anda meminta untuk ditambah. Nasi ayam ini disediakan pada waktu makan tengah hari sahaja, manakala masakan Western disediakan di sebelah petang hingga ke lewat malam.

Penulis pernah beberapa kali berputih mata ketika waktu makan tengah hari kerana nasi ayam telah pun habis dijual. Begitu laku sekali jualan Nasi Ayam Moon’s Kitchen. Jika anda berada di sekitar Pandan Indah, jangan lupa singgah untuk merasa sendiri nasi ayam di sini. Jika anda lambat, anda mungkin akan berputih mata seperti penulis sebelum ini.
Untuk rujukan artikel mengenai Moon’s Kitchen terdahulu, sila klik berikut:-
This entry was posted in jalan-jalan, makan-makan, selangor. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s