Roti Jala, Stadium Alor Setar

Sewaktu penulis berada di negeri jelapang padi sempena majlis resepsi antara Razak dan Fiza, penulis telah dibawa untuk menikmati sarapan Roti Jala istimewa yang terletak di perkarangan Stadium Alor Setar. Penulis diperkenalkan dengan kuah daging dan kuah ayam yang sangat sedap dan sungguh menyelerakan. Roti jala yang disediakan sangat besar, hampir semua yang ditemui berkata, hanya sekeping pun sudah cukup mengenyangkan.
Penulis bukan tidak cukup sekeping, tetapi untuk menikmati kedua-dua jenis kuah (kari ayam dan kari daging), penulis terpaksa menambah satu lagi roti jala. Sungguh berbaloi-baloi dengan harga yang berpatutan. Penulis ingin berterima kepada pasangan Razak dan Fiza kerana memberi kesempatan merasai roti jala yang enak dan terkenal ini sebelum penulis meneruskan perjalanan pulang. Kepada pengunjung yang mengunjungi Alor Setar, jangan lupa mencari roti jala yang terletak di perkarangan stadium ini. Berbaloi-baloi…

Roti jala dengan kari ayam.

Roti jala dengan kari daging.
This entry was posted in jalan-jalan, kedah, makan-makan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s