Tarian Piring, Negeri Sembilan

Gambar diatas menunjukkan beberapa penari-penari sedang mempersembahkan tarian piring sempena majlis perkahwinan yang berlangsung di Jelebu baru-baru ini.

Tahukah anda menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Tarian Piring atau dalam bahasa etnik Minangkabau dipanggil Tari Piriang adalah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat.

Ia adalah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau.  Tarian ini memiliki gerakan menyerupai gerak fizikal petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya.  Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka.

Tarian ini adalah tarian gerak cepat dengan barisan penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi lagu yang dimainkan menerusi alat muzik telempong dan saluang.  Kadangkala, piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari terbabit.

Ada juga mendakwa, Tarian Piring diperkenalkan dari daerah Rawa, Sumatera.  Ada juga mengatakan ia berasal dari Solok, Sumatera Barat.  Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung.

Tarian ini juga mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai.  Selain itu, aksi tari ini juga menekankan mimik muka, selain terdapat sepasang cincin yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai alat muzik di mana ia berfungsi mengeluarkan bunyi apabila dilagakan kepada pring mengikut rentak gong.

Awalnya tari ini dilakukan sebagai ritual rasa syukur masyarakat setempat kepada dewa kerana mendapat hasil pertanian melimpah ruah.  Ritual dilakukan beberapa gadis cantik yang membawa saji dalam bentuk makanan yang diletakkan dalam piring.  Si gadis pula didandan hiasan indah lalu mereka membawa makanan dalam piring sambil melangkah dengan gerakan dinamis.

Selepas ajaran Islam sampai ke Minangkabau, tradisi tarian piring tetap diteruskan tetapi tidak ada lagi berunsur memuja dewa.  Ia hanya ditampilkan sebagai hiburan bagi masyarakat untuk tujuan memeriahkan acara keramaian seperti pesta adat dan majlis pernikahan.

This entry was posted in jalan-jalan, negeri sembilan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s